Pekasam Daging Ikan A&R

Pekasam Daging Ikan A&R

Friday, 14 February 2014

PETUA-PETUA

Masakan Termasin~
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-

Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

Merasa Makanan di Bulan Puasa~

Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.

Memutih Nasi~
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

Memasak Nasi yang Mentah~
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.

Mengelakkan Nasi Hangit~
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.

Mengelakkan Bau Hangit Nasi~

Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

Nasi Lambat Basi~

Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.

Nasi Lembik~
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.

Menyukat Air Untuk Beras~
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahn sukatannya sama dengan sukatan beras.


                                           Pekasam Daging dan Ikan A&R Ready Stock
Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg setiap hari kecuali JUMAAT dan CUTI UMUM.

No comments:

Post a Comment