Pekasam Daging Ikan A&R

Pekasam Daging Ikan A&R

Saturday 22 February 2014

PEKASAM DAN PULUT TANAK

Bahan-bahanya

2 ekor ikan pekasam
5 biji bawang kecil ( lagi banyak lagi sedap)
3 biji cilipadi

Untuk memasak pulut
2 cawan beras pulut
2 cawan air dan sedikit garam

cara-caranya

1. Masak pulut dahulu, basuh pulut seperti biasa, tak perlu di rendam, kemudian masukkan air dan sedikit garam, masak pulut sama seperti masak nasi.

2. Ikan pekasam di bersihkan, kemudian direndam seketika, selama 1/2 jam, selepas itu toskan, hiris halus bawang kecil dan cili padi, gorengkan dahulu ikan pekasam, apabila mahu diterbalikkan ikan baru masukkkan bawang kecil dan cilipadi, goreng hingga kedua-dua bahagian ikan dan bahan lain garing.

3. Cara penyediaanya, sendukkan pulut yang siap di masak tadi di dalam piring, dan letakkan ikan pekasam, ambil sedikit pulut dan makan bersama ikan pekasam, sedap dan pasti menyelerakan, amat sesuai dijadikan menu sarapan pagi. 
 
Selamat Mencuba.
 
 

# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH



 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

No comments:

Post a Comment