Pekasam Daging Ikan A&R

Pekasam Daging Ikan A&R

Saturday, 22 February 2014

PEKASAM DAN PULUT TANAK

Bahan-bahanya

2 ekor ikan pekasam
5 biji bawang kecil ( lagi banyak lagi sedap)
3 biji cilipadi

Untuk memasak pulut
2 cawan beras pulut
2 cawan air dan sedikit garam

cara-caranya

1. Masak pulut dahulu, basuh pulut seperti biasa, tak perlu di rendam, kemudian masukkan air dan sedikit garam, masak pulut sama seperti masak nasi.

2. Ikan pekasam di bersihkan, kemudian direndam seketika, selama 1/2 jam, selepas itu toskan, hiris halus bawang kecil dan cili padi, gorengkan dahulu ikan pekasam, apabila mahu diterbalikkan ikan baru masukkkan bawang kecil dan cilipadi, goreng hingga kedua-dua bahagian ikan dan bahan lain garing.

3. Cara penyediaanya, sendukkan pulut yang siap di masak tadi di dalam piring, dan letakkan ikan pekasam, ambil sedikit pulut dan makan bersama ikan pekasam, sedap dan pasti menyelerakan, amat sesuai dijadikan menu sarapan pagi. 
 
Selamat Mencuba.
 
 

# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH



 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

Friday, 21 February 2014

RESEPI NASI GORENG DAGING PEKASAM


Nasi goreng daging pekasam

Bahan-bahan :

3 mangkuk nasi
1/2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih di ketuk
8 biji cili padi diketuk
daging pekasam dipotong kecil
2 sb sos tiram
2 helai kailan
1 btg kacang panjang dipotong kecil
lobak merah di potong kecil
sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)

Cara-cara

1.Tumis daging pekasam, tekan2 sikit dgn sudip.
2.Bila daging peksam nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram.
3.Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

SELAMAT MENCUBA ♥:)



# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH



 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

Tuesday, 18 February 2014

CARA ATAU PETUA MEMILIH DAGING


Cara atau petua memilih membeli daging

Pilih daging lembu yang baru disembelih (cara islam) Jika membeli daging import, jangan terus di simpan didalam peti sejuk, sebaliknya gantung daging untuk tujuan melembutkan serat-serat ototnya terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam bahagian paling sejuk didalam peti sejuk. Pastikan daging dimasak, tidak lebih tiga hari daripada tarikh membeli.Daging digantung terlebih dahulu untuk tujuan melembutkannya. Contohnya, perhatikan daging-daging bagi tujuan eksport khasnya diluar negara.
Daging akan digantung dalam bilik khas dalam jangka masa tertentu. Ia bertujuan meredakan kembali ketegangan serat otot lembu yang kejang akibat “ketakutan” ketika disembelih. Bagaimanapun mengikut hukum islam, terdapat bacaan dan cara penyembelihan tertentu yang mencegah daging menjadi liat. Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan perisa semula jadi daging. Sebaliknya daging menjadi kering & liat. Ini disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses melembutkannya dijalankan. Justeru itu, anda dinasihatkan mendapatkan daging segar yang baru disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak.



# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH



 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)
 

Monday, 17 February 2014

MEMILIH IKAN SEGAR DI PASAR

Memilih Ikan Segar Di Pasar~

a. Banyak ikan yang dijual di pasar basah atau pasar raya kelihatan segar, walaupun ikan itu agak lama. Jika di pasar basah atau pasar malam, biasanya ikan-ikan diawet dalam ais yang banyak, dan sesetengahnya dipercayai ikan-ikan import (terutamanya dari Thailand) di awet dengan formalin supaya ikan tahan lama dan tidak mudah busuk dalam tempuh yang agak lama.

b. Di pasar-pasar raya pula, pencahayaan dengan lampu merah di rak jual ikan membuatkan ikan-ikan kelihatan segar dan masih merah. Oleh itu, anda jangan mudah tertipu dengan teknik perniagaan seperti ini.

Berikut petua untuk memilih ikan yang segar:

1. Mata ikan sepatutnya terbonjol keluar dari soket mata dan nampak segar, bukannya berwarna kelabu atau tertekan ke dalam.

2. Insang ikan sepatutnya berwarna merah darah yang segar, bukannya banyak lendir dan berwarna kehitaman.

3. Sisik ikan masih utuh melekat pada kulit dan tidak mudah tanggal.

4. Perut ikan sepatutnya melekat kuat pada tulang, bukannya lembik dan ikan pecah perut.

5. Badan ikan tidak lembik dan daging ikan elastik apabila ditekan.

6. Kulit ikan sepatutnya berkilat dan basah segar, bukannya berwarna pudar, kelam dan kering.

7. Bau ikan tidak busuk, tetapi masih berbau ikan segar dari laut, serta tidak berbau formalin walaupun pada kadar yang rendah.




 # Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH

 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)






PETUA MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT

Petua Untuk Menghilangkan Perut Buncit~

1. Makan Dengan Perlahan - Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.

2. Jangan Minum Teh - Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.

3. Kurangkan Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

4. Jangan Tidur Selepas Makan - Makanan yang anda baharu ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.

5. Jangan Mandi - Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.


 
# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH


 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

KHASIAT MADU LEBAH

Khasiat Madu Lebah.

Untuk menghilangkan batuk :~

- Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan sedikit air limau nipis ke dalam setengah gelas air.
- Minum setiap pagi dan malam sebelum makan. Dalam masa seminggu batuk akan hilang.

Menyihatkan Badan~

- Campurkan madu dengan beberapa biji telur ayam kampung. Minum waktu pagi.

Mencantikkan Wajah~

- Campur telur dan madu. Kemudian sapukan pada muka. Lakukan seminggu sekali sebagai masker. Wajah anda akan kelihatan cantik dan berseri-seri.

Memerahkan Bibir~

- Sapukan madu pada bibir tiap-tiap malam sebelum tidur.

Menyimpan Madu~

- Masukkan beberapa butir padi ke dalam botol yang berisi madu. Kemudian simpan di tempat yang kering.


 # Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH

 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

PENAMBAHBAIKAN CARA PENYEDIAAN/MASAK PEKASAM DAGING:~

PENAMBAHBAIKAN CARA PENYEDIAAN/MASAK:~

Cara masak mudah sekali. Enak digoreng saja.

(1) Daging kena basuh dulu kerana dibungkus terus selepas keluar dari tempat peraman

(2) Potong daging dulu kepada bahagian kecil sebelum dimasukkan ke dalam kuali

(3) Goreng sampai masak, agak-agak garing.


 # Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH

 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)



Saturday, 15 February 2014

RESEPI IKAN PEKASAM BAKAR


Resepi: Ikan Pekasam Bakar

Bahan-Bahan:

3 tangkai cili padi (hiris)
2 ulas bawang merah(hiris)
2 ekor ikan pekasam (bersaiz sedang)
2 helai daun kunyit(pembalut)
sebiji limau nipis atau kasturi

Cara:

cili padi dan bawang merah yang dihiris halus digaul
bersama ikan pekasam, perahkan sebiji limau nipis atau kasturi
setelah digaul balutkan ikan pekasam dengan daun kunyit.
kemudian sedia dibakar.




Pekasam Daging dan Ikan A&R Ready Stock
Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg setiap hari kecuali JUMAAT dan CUTI UMUM.

RESEPI MASAK LEMAK JANTUNG PISANG IKAN PEKASAM







Masak lemak jantung pisang ikan pekasam

bahan-bahan:
1.2 ekor ikan pekasam
2.1biji jantung pisang (rebus)
3.2cawan santan pekat

bahan kisar:
1.10 biji cili padi
2.kunyit hidup
3.kencur
4.2 ulas bawang merah
5.2 biji buah keras
6.garam,aji secukup rasa

cara menyediakan:
1.ikan pekasam yang telah dibersihkan dimasukkan kedalam periuk.
2.masukkan bahan kisar,garam,gula dan aji
3.masukkan jantung pisang
4.masukkan santan dan renehkan hingga kuah pekat
5.bila kuah dah pekat dah masak dan dah cukup rasa matikan api dan angkat.

SELAMAT MENCUBA ♥:)


Pekasam Daging dan Ikan A&R Ready Stock
Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg setiap hari kecuali JUMAAT dan CUTI UMUM.



SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Daging kuda:

Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.

Pekasam Daging dan Ikan A&R Ready Stock
Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg setiap hari kecuali JUMAAT dan CUTI UMUM.

CARA KEKALKAN ZAT SAYUR


KEKALKAN ZAT SAYUR~

Tahukah anda bahawa 1/4 hingga 1/2 vitamin C pada sayur hilang bila dijadikan puri? Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :

~ Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.

~ Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.

~ Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.

~ Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.

~ Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.

~ Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.

~ Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.


Pekasam Daging dan Ikan A&R Ready Stock
Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg setiap hari kecuali JUMAAT dan CUTI UMUM.

Friday, 14 February 2014

CADANGAN HIDANGAN PEKASAM


Cadangan hidangan pekasam daging dari Pekasam Daging A&R

-Digoreng bersama hirisan cili merah/cilipadi,bawang goreng
-Untuk rasa masam,boleh perah hirisan limau nipis atau limau kasturi
-Digoreng bersama lada untuk rasa yang lebih menarik




Pekasam Daging dan Ikan A&R Ready Stock
Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg setiap hari kecuali JUMAAT dan CUTI UMUM.

TESTIMONI DARI PELANGGAN KAMI




 




Ini beberapa testimoni dari pelanggan kami yang berpuas hati dengan Pekasam Daging A&R.Anda bila lagi?Jum try Pekasam Daging A&R..

Pekasam Daging dan Ikan A&R Ready Stock
Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg setiap hari kecuali JUMAAT dan CUTI UMUM.

 

PETUA-PETUA

Masakan Termasin~
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-

Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

Merasa Makanan di Bulan Puasa~

Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.

Memutih Nasi~
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

Memasak Nasi yang Mentah~
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.

Mengelakkan Nasi Hangit~
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.

Mengelakkan Bau Hangit Nasi~

Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

Nasi Lambat Basi~

Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.

Nasi Lembik~
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.

Menyukat Air Untuk Beras~
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahn sukatannya sama dengan sukatan beras.


                                           Pekasam Daging dan Ikan A&R Ready Stock
Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg setiap hari kecuali JUMAAT dan CUTI UMUM.

RESEPI PEKASAM GORENG LEMON.

PEKASAM GORENG LEMON.

Jika sukakan rasa yang lebih pedas, anda boleh juga menambahkan cili padi pada kuantiti yang agak banyak. Sesuai dimakan panas

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan pekasam
3 tangkai cili kering
1 biji bawang merah
Air perahan lemon

CARA MEMASAK:

1 Goreng ikan pekasam sehingga garing. Asingkan.
2 Goreng cili kering bersama bawang merah yang telah dimayang halus. Masak sehingga kekuningan.
3 Tuangkan gorengan tadi ke atas ikan pekasam.
4 Perahkan lemon di atasnya.
5 Sedia dinikmati.


SELAMAT MENCUBA :)





Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg

MENGEKALKAN KESEGARAN IKAN

Mengekalkan kesegaran ikan.

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.



Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg
 
 
 

Thursday, 13 February 2014

TEMURAMAH BERSAMA RADIO NASIONAL KLASIK


Alhamdulillah,Pekasam Daging A&R semakin dikenali ramai.permintaan semakin bertambah.Ini asa beberapa gambar owner Pekasam Daging A&R ditemuramah oleh Radio Nasional Klasik di Kilang memproses pekasam di Kota Aur,Sik..






Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg

Wednesday, 12 February 2014

PETUA ELAK IKAN/DAGING BUSUK

PETUA ELAK IKAN/DAGING BUSUK

Cara ini sesuai digunakan buat mereka yang tidak mempunyai peti ais untuk menyimpan ikan atau daging semalaman. Gaul ikan/ daging dengan sedikit nasi sejuk dan sedikit garam. Pastikan nasi yang digunakan benar-benar sejuk kerana nasi yang panas akan menyebabkan ikan/ daging lebih cepat busuk. Keesokan harinya basuh dan masak seperti biasa.
Pekasam Daging dan Ikan A&R ready stock

Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)9.30pg-6.30ptg



PEKASAM YANG TELAH DI POS





Alhamdulillah,ini adalah pekasam daging&ikan yang telah selamat diposkan.Terima Kasih kepada pembeli dan pengedar kami..

Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

PEKASAM DAGING A&R DI ASTRO AWANI




Assalamualaikum..Haa ini laa tokei Pekasam Daging dan Ikan A&R yang ditemubual oleh ASTRO AWANI.Terima Kasih Astro Awani kerana sudi menemu bual kami.

Siapa yang berminat nak dapatkan Pekasam Daging atau Ikan A&R boleh
PM Facebook kami Pekasam Daging A&R
Hubungi kami 019 4093080(ema) 9.3opg-6.30ptg setiap hari kecuali hari Jumaat dan cuti umum.
Untuk yang berminat untuk jadi pengedar kami boleh terus hubungi kami atau terus ke lokasi kami yang bertempat di Alor Setar Kedah.

Tuesday, 11 February 2014

RESEPI IKAN PEKASAM BELIMBING BULUH MASAK LEMAK CILI API

 IKAN PEKASAM BELIMBING BULUH MASAK LEMAK CILI API





bahan-bahan:

2 keping ikan pekasam

1/3 kotak santan (saya guna jenama M&S)+ 1/2 cawan air

11 tangkai cili api *

1" kunyit hidup*

2 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

10 biji belimbing buluh dibelah dua

Cara:

Tumbuk halus bahan bertanda dan leburkan dalam periuk bersama santan.

Masukkan ikan pekasam dan belimbing buluh.

Masak sehingga mendidih, kacau kuah selalu supaya tidak pecah minyak.

SELAMAT MENCUBA ♥:)



 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)


PASTI BERSELERA DENGAN PEKASAM A&R




Ni kalau pekena Pekasam Daging dan Ikan A&R dengan nasi panas-panas fuhh mesti terangkatlah!Mai mai mai try Pekasam Daging dan Ikan A&R tak rugi tau!Ramai pelanggan kami dah try dan beri komen yang positif.Alhamdullilah..:)

Kalau siapa yang tinggal di Kedah area Alor Setar boleh mai terus ke kedai kami di Jalan Kanchut,nak courier pun boleh jangan risau ok!hehe..

 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)



BERSIH DAN KEMAS





Assalammualaikum..ini adalah sampel Pekasam Daging A&R yang telah siap diproses.Jangan risau yang pasti BERSIH dan KEMAS menjadi keutamaan kami..:)

Ha siapa yang tak pernah try lagi Pekasam Daging kena cuba tau dah cuba pasti nak lagi hehe!! Pada yang dah pernah try terima kasih kami ucapkan...

Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)






RESEPI PUCUK PAKU MASAK LEMAK BERSAMA IKAN PEKASAM A&R

Pucuk Paku Masak Lemak Ikan Pekasam 

 
BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan pekasam
1 ikat pucuk paku
4 ulas bawang merah (diricik halus)
1 batang serai (di ketuk)
10biji cili burung (tambah kalau suka pedas)
1 cawan santan pekat

Asam gelugur (kalau kuah dah masam tak payah letak dah)
1 mug air
Garam secukup rasa.

  CARA-CARA


1.Masak cili merah, cili burung, bawang merah, serai bersama air danseparuh dari santan. Kacau sehingga menggelegak.
2.Masukkan ikan pekasam bila dah masak angkat ikan dan ketepikan kalau tak suka ikan hancur.
3.Perasakan kuah dengan garam dan aji kalau suka. Kalau suka
masam boleh masukkan asam gelugur sekeping.
4.Tuang lebihan santan dan masukkan pucuk paku.




SELAMAT MENCUBA :) 

Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)



CARA MELEMBUTKAN DAGING

Selalunya bila anda menikmati juadah yang berasaskan daging seperti rendang dan kari, tentu lebih berselera jika daging tersebut lembut dan empuk. Nikmatnya memang tak terhingga kan?

Cara melembutkan daging.

Justeru itu, kalau anda bercadang nak masak lauk-pauk yang berasaskan daging seperti daging black pepper, kari ataupun rendang daging, berikut ada 5 cara melembutkan daging yang boleh anda cuba;

Cara Pertama:

1. Anda sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.
2. Kemudian, masukkan saja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

Cara Kedua:

1. Anda ambil daun pisang abu dan lapkannya dulu sampai bersih
2. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi.
3. Lepas tu, masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.

Cara Ketiga:

1. Anda perlukan setengah atau sebiji pinang tua.
2. Kupaskan dan bersihkan pinang tua tadi.
3. Setelah itu, masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.

Cara Keempat:

1. Cara ini pula khas untuk anda yang nak buat sate daging.
2. Memula, hiriskan dahulu daging tersebut.
3. Seterusnya, lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya.
4. Kemudian, bungkuskan daging dengan daun betik.
5. Biarkannya selama 1 jam.
6. Setelah itu, barulah anda bakar sate daging tadi dan hasilnya daging itu lebih wangi dan empuk.

Cara Kelima:

1. Anda perlukan sebatang tebu. Anda boleh gunakan sebarang jenis tebu yer.
2. Buangkan dulu kulit tebu dan bersihkannya.
3. Kemudian, anda potongkan tebu tadi secara memanjang seruas-seruas.
4. Kalau daging tu nak dibuat rendang, masukkan saja isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk penyediaan rendang. Kemudian, masaklah sehingga rendang daging tu empuk.
5. Andainya anda nak buat sup daging pula, rebuslah isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk mereneh sup. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan kelazatan sup.

Ready Stock Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA

SMS/Call : 019 4093080 (ema)


PEKASAM DAGING & IKAN A&R DI MEDIA






Bismillah,
 Rezeki daripada Allah SWT, Alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah!
Dengan bantuan media dan usaha yang tidak pernah putus Alhamdulillah Pekasam Daging & Pekasam Ikan A&R kini lebih dikenali ramai.Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Astro Awani,Kosmo,Utusan Malaysia,Tv Alhijrah dan Radio Klasik Nasional.

# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH

Pekasam ikan & daging ready stock..
Siapa yang berminat boleh pm Facebook https://www.facebook.com/pekasamAnR atau
call/sms 019 4093080(ema) untuk sebarang pertanyaan...




 

Monday, 10 February 2014

PEKASAM DAGING A&R






SEDAP DAN LAZAT!!!

Assalammualaikum,dah pernah try Pekasam Daging A&R??Siapa yang tak pernah try patut kena try hehee.Alamdulillah banyak feedback memberangsangkan daripada pelanggan kami.JOM pakat mai try Pekasam daging A&R...


# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH

Pekasam ikan & daging ready stock..
Siapa yang berminat boleh pm Facebook https://www.facebook.com/pekasamAnR atau
call/sms 019 4093080 untuk sebarang pertanyaan...

PEKASAM IKAN A&R

APA ISTIMEWANYA PEKASAM IKAN A&R?




  1. Pekasam ini dibuat secara pemerapan berperingkat.
  2. Terdapat 2 agen pemeraman iaitu garam dan beras. Maksud pemerapan berperingkat ini ialah ikan2 ini diperap dengan setiap agen pemeraman ini secara berasingan dalam tempoh yang berbeza bagi setiap agen. Kaedah ini menghasilkan rasa keenakan ikan pekasam yang sebenarnya.
  3.  Diperap dalam tempoh yang lama iaitu 18 hari.
  4. Tidak banyak pengeluar yang memerap sebegini lama kerana mahu cepat memenuhi permintaan pelanggan walaupun terpaksa menggadai kualiti ikan pekasam tersebut.
  5. Menggunakan ikan segar.
  6. Hanya ikan2 yang segar dan baru dipilih untuk diperap.
  7. Kebersihan diutamakan.
  8. Ikan2 ini disiang dan dibersihkan dengan sempurna. 
Pekasam ikan & daging ready stock..
Siapa yang berminat boleh pm Facebook https://www.facebook.com/pekasamAnR atau
call/sms 019 4093080(ema) untuk sebarang pertanyaan...