Pekasam Daging Ikan A&R

Pekasam Daging Ikan A&R

Tuesday, 14 October 2014

KERJA KOSONG!!

OPEN VACANCY DI KEDAI KAMI DI KOMPLEKS ALOR SETAR.. 

1) PEREMPUAN
2) PANDAI MARKETING DAN MENGURUS SOCIAL NETWORK
3)KELAKUAN BAIK / DISIPLIN
4) 18 TAHUN KE ATAS.. 

BERMINAT?? CALL - 0194429769
ATAU DATANG TERUS KE KEDAI KAMI.. 

Friday, 10 October 2014

Haaa... mai sini ceq nak habaq.. Bagi sesiapa yang tringin nk dtg kedai kami di Alor Setar dan masih x taw jalan nk mai kedai kami.. Haa.. ni dia.. peta siap untuk cutomer2 kami.. Mudah-mudahan cik kak dan cik abang smpai dengan selamat ke kedai kami.. heee... Bagi yang ada GPS.. Key in trus alamat kami.. NO.141, TINGKAT BAWAH KOMPLEKS ALOR SETAR (KANCHUT) LEBUHRAYA DARULAMAN, 05100, ALOR SETAR, KEDAH..
IMPORTANT NOTE: KEDAI BUKA AHAD - KHAMIS, DARI 9.30AM- 6.30PM..
sebarang pertanyaan, hubungi : 0194429769

Thursday, 9 October 2014

UPDATED AGEN..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
INI SENARAI AGEN AGEN PEKASAM ANR DI NEGERI SELANGOR.. DAN KAWASAN MEREKA.. 
JADI CUSTOMER YANG INGIN MERASA PEKASAM DAGING IKAN ANR DIA AREA SELANGOR.. BOLEH LA ROGER2 AGEN KAMI.. 
SELANGOR
1) NORHASIKIN MOHD ARSHAD, KAJANG, SERDANG, BANGI - 012 2774506
2) HASNILIZA ISTIHAT - BANTING - 012 4203619
3) BBQISTINA TRADING-0105667288
4) MAZILAWATI BT MAAROF- SG. BULOH0122416885
5) NURUL FARHANA MUSTAFA - BATANG KALI - 012 6833594
6) SITI NOREMIZIAH AMIR - BANTING - 017 6275857
7)NORHANIZAH MOHAMAD ALI@SHUKRIE - SUBANG JAYA - 013 3526877

Tuesday, 30 September 2014

PESANAN RAYA HAJI

Assalamualaikum.. dan Selamat Petang.. hihi.. mesti semua kalut tgk jam bila nk balik kn..sabaq..lmbat lagi nk balik.. haha.. ok di sini kami nk inform.. bagi sesiapa yg nk buat order pekasam untuk RAYA HAJI ni kalau boleh order sblom hari jumaat.. kami risau jika pejabat pos tak buat sebarang hantaran dari hari jumaat hingga isnin sempena cuti RAYA HAJI.. jadi kami xnak la posmen simpan lama2 pekasam dekat pejabat mereka.. hihi.. kesian customer kami yang kempunan nk makan Pekasam Daging dan Ikan ANR..  para agen2... take note ok.. hihi.. mna taw time Raya Haji nnt rmai lak customer yang beli.. hihi.. 

Saturday, 6 September 2014



Semalam ada yang call n msj ckap nk datang kedai nk bli pekasam maaf yerr cik kak cik abang sekali lagi kami ingin memaklumkan kedai pekasam A&R hanya beoperasi pada ari SABTU-KHAMIS.. jumaat tutup yer sayang2 ku sekalian hehe..

TAKUT habis stock ke??huhu jangan resau kami akan sediakan stok pekasam yang lebih bnyak untuk anda semua>>
DI sini kami memerlukan agent pekasam yang lebih ramai lagi!
NAK TAHU APA KEISTIMEWAAN JADI AGENT KAMI?
ha jom kita order dari skrg
pekasam A&R dah MELETOP NI Tunggu apa lagi
cepat2 order siapa cepat dya dapat

maklumat lanjut sila pm segera atau whtsup 0194429769 

PELUANG PEKERJAAN BAGI RIDER TEGAR!

MENCARI PELUANG PEKERJAAN??

Kami di Pekasam Anr sedang MENCARI PEKERJA yang berminat untuk menjual pekasam menggunakan motosikal ( konsep yang sama seperti menjual aiskrim) di sekitar KUALA LUMPUR dan LEMBAH KLANG.



MANFAAT :
1) GAJI POKOK
2) ELAUN MINYAK
3) KOMISAN JUALAN YANG TINGGI



SYARAT2 :
1) LELAKI
2) MEMILIKI LESEN B2 YANG SAH
3) MEMILIKI MOTOSIKAL SENDIRI



BERMINAT?? SILA HUBUNGI :
EN.AZLI - 0134899769 

Thursday, 14 August 2014

OUR LOCATION

Bagi sesiapa yang duduk di area alor setar dan ingin mendapat pekasam direct dari kami..
boleh lah singgah ke kedai kami di no.141,tingkat bawah kompleks alor setar,
lebuh raya darulaman,05100 alor setar,kedah.
Dan bagi mereka yang masih tidak tahu kedudukan kedai kami..boleh la lihat peta di bawah.. 
TERIMA KASIH.. :)

WATSAPP:0194429769
FACEBOOK:www.facebook.com/pekasam.anr.5



SALE SALE SALE!!!!!

Khas untuk ibubapa

Yang mencari playpen untuk anak anak

Kami nak let go playpen yang comel ini

Sesuai untuk bayi yang baru lahir hinggalah toddlers

Boleh tidur dan bermain di dalam ni

Mudah dibuka dan ditutup, disimpan tidak memakan ruang

PM saya ye untuk harga special

Siapa cepat dia dapat


Wednesday, 13 August 2014

salam

pekasam anr kini sedang mencari peniaga2 kecil untuk berniaga di kiost atau kedai2 kampung atau di pasar2 malam mahupun pasar tani...
perniaga kecil-kecilan yg berminat boleh terus hubungi kami...
kami d pekasam anr sedang mencari wajah2 baru yg berminat menyertai perniaga pekasam daging di kawasan anda...

hubungi kami segera...
0194429769
oder now!!!!!!!!!!!!!!!! pm segera untuk mendapat harga cun punyerrrr!!!!!!!!!!!! — at Pekasam Daging A&R.
APA??!! gaji bulanan tidak cukup?! Cari la side income dengan meniaga pekasam A&R kami..bagi sesiapa yang nk menjadi agen kami..boleh order 50 paket Pekasam Daging, Pekasam Ikan atau kedua-dua nya skali dengan harga RM5 sepaket! SANGAT BERBALOI!! Bagi yang duduk di luar kawasan Alor Setar.. Kami ad sediakan khidmat pos.. Pos bg 50 paket hanya RM19..jangan risau..kami pasti kan kualiti produk kami sampai dgn selamat..insyallah.. sama-sama kita membuat perniagaan.. "perniagaan kan sunnah nabi"
JADI TUNGGU APA LAGI??PAKAT MAI ORDER LA....
wastapp :0194429769



NEW ACTIVITY FROM US!! TEAM PEKASAM ANR

Alhamdulilah banyak aktiviti kami dah sertai sepanjang perjalanan Pekasam Anr dengan anda,,,,
Karnival sana sini kami ada bersama anda..
Tunggu jumaat ini..kami akan jual pekasam dekat taman jubli emas alor setar..kami akan buat car boot sales dgn menjual pekasam..haha..jadi siapa yang free mai la singgah di car boot kami..sama2 kita beli pekasam sambil beriadah..

"dengan bariadah kita dapat menjamin gaya hidup yang sihat kerana otak yang cerdik pada minda yang cerdas..

Nanti kemunculan kami team pekasam anr,,,see yahhhhhh!!


Tuesday, 12 August 2014

syukran2 rezeki hari ni...baru sudah pos semua tempahan2 awesome yang luar biasa hari ini...banyak ke johor....kini pasaran kami akan ke sempadan thailad alhamdulilah boleh sawadikap kap kung kap pulak dengan jiran kita di sana hihi

oleh demikian kami memerlukan stokis&agen2 yg aktif untuk semua pelusuk negeri...
kategori2 berikut yg kami mahukan

**SERIUS
**REPEAT ODER DALAM MASA YG SINGKAT
**AKTIF
**TOLERANSI
**BERGIAT DLM FB MEMASARKAN PRODUK KAMI..
**SHARE TESTIMONI LEBIH KERAP UNTUK TINDAK BALAS CUSTEMER

PASARAN SASARAN KAMI DI:

THAILAND (SEMPADAN SIAM)
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
MELAKA
JOHOR
PERAK
KELANTAN
TERANGGANU
PERLIS
PILAU PINANG
PAHANG
NEGERI SEMBILAN
SABAH
SARAWAK

Oleh yg demikian sesiapa yg berminat untuk memberi tumpuan di kawasan anda sila pm saya segera...kami memerlukan agen2 yg serius untuk mengelak dari kusulitan kelak..harap maklum..

Pekasam Daging A&R
0194429769

Best customer :)

Thank you mama merangkap customer paling lama dengan pekasam anr,,salah seorg usahawan ibu tunggal yg begitu berjaya...

Terima kasih kerana beri sokongan tanpa henti..


Monday, 11 August 2014

STOCK PENUH..


 Selit oder pm now
Stok masuk lagi,,,waaaa penuh frezer nampaknya,,,,tak menang tangan uruskan courier lepas raya ni....syukur2 rezeki bertambah2 walaupun lepas raya,,,, bukan setakat bulan puasa saja org nk makan pekasam...lepas raya pun ramai lg erkk,,,rindu latewww,,hihi,,,terima kasih yg tak terhingga
untuk yg terus oder tu.....
boleh selit oder untuk hari ni sebelom jam 4 petang ye...

PROJEK CHARITY GELANDANGAN


PROJEK CHARITY GELANDANGAN
Masih Ada Yang Sayang bersama AnR

Alhamdulillah seminggu sebelum Raya Aidilfitri, Team A&R dan NGO telah mengadakan satu projek khas untuk gelandangan, Masih Ada Yang Sayang.

Selepas waktu berbuka puasa, Team kami telah berjalan sekitar Bandaraya Alor Setar mencari gelandangan (homeless) dan memberi bantuan makanan dan beberapa keperluan asas untuk mereka.

Alhamdulillah sepanjang malam (hingga ke 4 pagi) kami berjaya memberi bantuan kepada ramai gelandangan di sekitar bandar.

Air mata bagai tidak dapat ditahan mengalir, sebak di dada dan rasa kasihan kepada mereka ni hanya Allah yang tahu. Masing masing terdiam mendengar kisah hidup gelandangan yang terpinggir oleh keluarga sendiri dan masyarakat.

Walaupun jam menghampiri pukul 4 pagi, team kami masih bersemangat mencari mereka yang memerlukan.

Hayatilah video ini. Bukalah pintu hati anda untuk berasa kasihan dan ingin membantu mereka yang memerlukan ini.

Bayangkan tatkala kita tidur enak berselimutkan gebar yang tebal, tilam yang empuk dan didodoi angin yang dingin, masih ada yang tidur beralaskan lantai dan berbumbungkan bintang. Fikir fikirkanlah dan hayati.

Masih Ada Yang Sayang?


Terima kasih kepada :
================
Pengasas A&R Azli Che Uda Rini Shariff Mikail & Rayyan
Team Pekasam Anr Fiza, Shaz, Ida & Hafiz
Team D Wayang Production Rifdi Haziq and d gang
assalamualaikum..dan slamat pagi..hehe...kami dah masuk radio..hehe...pekasam daging  anr da jadi buah-buah mulut di kalangan orang luar..hehe..sapa yang minat nk jadi agen kami..anda dialu alu kan..apa2 pertanyaan boleh refer kat coloum sebelah kanan.. :) ---->

Sunday, 10 August 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi warga bloggers..harini ada berita baik buat anda semua..kedai barangan bayi kami akan membuat clearance stock up to 50%!!!jadi siapa yang free tu kalau tak keberatan mai la singgah kedai kami di kompleks alor setar(kanchut)..bagi sesiapa yg bakal mnjadi ibu or ada anak2 kecil anda dialu-alukan..(stock terhad).. selamat bershopping..hehe..

Friday, 8 August 2014

salam

pekasam anr kini sedang mencari peniaga2 kecil untuk berniaga di kiost atau kedai2 kampung atau di pasar2 malam mahupun pasar tani...
perniaga kecil-kecilan yg berminat boleh terus hubungi kami...
kami d pekasam anr sedang mencari wajah2 baru yg berminat menyertai perniaga pekasam daging di kawasan anda...

hubungi kami segera...
0194429769
oder now!!!!!!!!!!!!!!!! pm segera untuk mendapat harga cun punyerrrr!!!!!!!!!!!! — at Pekasam Daging A&R.

assalamuaalikum...selamat pagi warga bloggers...semalam merupakan peristiwa yang sangat memalukan bangsa kita sendiri..tidak salah kalau kita nak boikot McDonalds..tapi tak perlu la kita buat rusuhan..kereta yang ad pelekat sticker McD dipecahkan cerminnya..membakar bendera..marah pekerja McD sedangkan mereka mencari rezeki yang halal..sedarlah umat islam..menuntut agama biar lah sampai habis..islam tidak pernah mengajar kekerasan..islam merupakan agama yang mudah..tegur dengan menguna akal fikiran..sangat memalukan bagi sesiapa yang merosakkan harta benda orang lain..

Wednesday, 6 August 2014

pendaftran untuk agen baru telah bermula sekarang
agen2 baru di perlukan segera
calon-calon agen diperlukan
1.warganegara malaysia..
2.tidak mengira umur muda atau wargamas
3.betul2 berminat dengan perniagaan
4.bercita2 nak jadi kaya
5.ingin menambah pendapatan sampingan
6.waras
7.sukakan saingan dan cabaran dalam rutin niaga
semua syarat2 diatas jika ada boleh pm kami segera..
0194429769
pekasam anr memerluka agen2 yg serius memulakan perniagaan anda untuk menjana ekonomi masa depan...
ayuh segera join kami d pekasam anr
— at Pekasam Daging A&R.


Selamat Pagi Bloggers

Alhamdulillah..kita masih mampu bangun dan menikmati dunia pada hari ini..jangan lupa makan sarapan pagi..mulakan hari kita dengan bismillah..moga ALLAH permudahkan segala urusan kita di hari ini..amin..bagi yang belum rasa pekasam daging kami ni..cepat-cepat la try..pasti memuaskan anda..

Tuesday, 5 August 2014



Stock baru dah sampai..mai mai buat order skang..stock full house skang..penuh freezer kami sumbat pekasam..haha..insyallah kami pastikan stock kami sampai on time..our customer is our priority..
Alhamdulillah kita masih bernyawa lagi pada pagi syawal yang ke-10..Kami da update senari agen-agen.. alhamdulillah semakin hari semakin bertambah..bagi yg berminat untuk menjadi agen kami boleh hubungi kami di watsapp: 0194429769 ataupun melauli facebook kami https://www.facebook.com/pekasam.anr.5
kami memerlukan agen lagi di beberapa negeri untuk mengedar pekasam daging ikan a&r..

Sunday, 3 August 2014

Package Raya Sakan


mai mai buat order skarang semantara stock masih ada..memang raya sakan nanti dgn hidangan pekasam dan ketupat..pasti menambah keceriaan di hari raya.. =)

Friday, 16 May 2014

CELOTEH PENGENALAN DRPD CIK LI



Assalamualaikum. 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Buat pertama kalinya, Cik Li menulis untuk blogspot Pekasam A&R. Terlebih dahulu Cik Li ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Pencipta Yang Maha Agung, Pemilik Yang Maha Hebat, Pemberi Yang Maha Pemurah, Pengasih Yang Maha Mengasihani, Penghukum Yang Maha Dahsyat, ALLAH YANG MAHA ESA. Di sebalik sikap dan sifat Cik Li yang penuh kelemahan dan kealpaan, ALLAH terus menerus memberi nikmat kepada Cik Li.

Seterusnya, Cik Li ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Papa dan Mama Cik Li, yang membesarkan dan sentiasa bersabar atas apa jua karenah dan masalah yg Cik Li buat, yang menyumbang apa saja termasuk modal di dalam penglibatan Cik Li dalam dunia pernniagaan sejak 10 tahun yang lalu. Seterusnya kepada ibu mertua Cik Li, yang mengizinkan Cik Li memiliki anak kesayangannya. Kepada arwah bapa mertua Cik Li (Al-Fatihah) yang memberi Cik Li kata-kata semangat di saat Cik Li keseorangan dan terumbang ambing di awal permulaan perniagaan. Kepada isteri (rakankongsi kehidupan dan perniagaan) dan anak-anak Cik Li yang sentiasa membantu dan bersama-sama Cik Li pada setiap waktu susah dan senang.

Dalam tulisan pertama ini, Cik Li ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman Cik Li sejak bergelar usahawan. Selepas lebih kurang 4 tahun bekerja di Firma Audit Ernst & Young, pada 2 September 2004, Cik Li terjun ke dunia perniagaan, sebuah dunia yang sejak dahulu lagi Cik Li dengar akan cabaran dan kesengitan persaingannya. Cik Li memulakan perniagaan firma audit sendiri disamping meneruskan perniagaan pusat tuisyen yang dibuka sejak tahun 2002. Empat bulan pertama adalah tempoh waktu kritikal. Duit simpanan habis. Collection tak mampu menampung kos perbelanjaan perniagaan dan sara hidup. Maklumlah perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti ini, payment sangat lambat. Kadang-kadang client hanya akan bayar sebelum kerja-kerja audit tahun berikutnya dimulakan (“bill to bill”). Pada masa tu, Cik Li hanya “one man show”. Cik Li adalah boss, pembantu audit, kerani, runner hatta tukang cuci pejabat. Tak mampu hire staff. Time kerja adalah 9 pagi – 2 pagi hampir setiap hari.  Balik malam menangis dalam hati tengok muka anak dan memikirkan nak beli susu dan pampers anak. Mujurlah isteri bekerja. Untuk mendapat duit lebih, Cik Li turut mengajar di pusat tuisyen sendiri. Empat bulan selepas menjalankan firma audit, Cik Li jual pusat tuisyen tu. Faktor utama penjualannya adalah disebabkan oleh faktor komitmen. Apabila kita kurang memberi tumpuan, maka macam-macam perkara berlaku. Antara benda besar yang berlaku adalah tenaga pengajar mula mengajar sambil lewa. Pernah terkantoi dengan Cik Li apabila salah seorang cikgu matematik sekolah rendah mngajar darjah 2 dengan topik darjah 5.

Dengan penutupan pusat tuisyen, tumpuan sepenuhnya diberikan kepada firma audit. Selepas setahun berniaga,, perniagaan semakin berkembang. Daripada menyewa sebahagian ofis orang, telah mampu menyewa satu unit. Daripada tak mampu nak ambil pekerja, dah mampu ambil 2 orang pekerja. Mungkin sudah terbiasa daripada kecil, Cik Li jenis yang tak reti duduk diam. Pada tahun 2006, Cik Li memasuki bidang pembekalan sebagai salah satu langkah mendivesifikasi perniagaan. Cik Li memilih untuk menjadi pembekal alatulis dan peralatan pejabat. Sekali lagi Cik Li disedarkan realiti perniagaan pembekalan khusus untuk orang melayu dan bumiputra. Apa tidaknya, pembekal dan pemborong Cina mengamalkan dasar dua harga. Harga yang diberikan kepada kedai melayu berbeza dengan kedai cina. 

Satu lagi pula, akibat daripada kekangan modal, Cik Li tidak mampu membeli dalam kuantiti borong, maka tidaklah dapat harga borong. Jadi barangan yang CIk Li jual sentiasa mahal berbanding kedai lain. Kalau nak jual harga yang sama, maka margin untung Cik Li sangatlah kecil. Pada saat Cik Li nak tutup kedai alatulis, Cik Li dapat satu peluang iaitu menjadi pengedar minyak additive jenama AMOIL. Cik Li memilih untuk menjadi Pengedar Negeri. Maka untuk memenuhi kuantiti minima Pengedar Negeri, Cik Li korbankan modal RM42,000. Selepas setahun berusaha bersungguh-sungguh, Cik Li dapati produk ini susah nak jalan atas satu sebab iaitu jenama ini adalah baru di Malaysia dan pengimport produk ini gagal menunaikan janji untuk membuat promosi dan iklan secara besar-besaran. Maka sekali lagi, pelaburan Cik Li terkandas. Cik Li nekad untuk tutup kedai alatulis dan minyak ini. Tapi pada hari terakhir bangunan itu nak diserahkan kepada pemilinya, terlintas di hati Cik Li untuk mencuba perniagaan rest.oren. Cik li pun mengeluarkan sedikit lagi modal untuk renovate kedai alatulis menjadi kedai kopi. Tahun pertama kedai kopi beroperasi, sangat laris dan berjalan lancer. Boleh tahan juga keuntungan yang dijana. Pada masa itu juga, pemilik bangunan membuat tawaran istimewa untuk menjual bangunan tersebut. Apa lagi Cik Li pun terus sambar tawaran tersebut. Syukur bangunan 3 tingkat tersebut menjadi milik Cik Li. Cik Li membelanjakan sedikit modal lagi untuk menaiktaraf kedai kopi itu mengikut spesifikasi Majlis Bandaraya Alor Setar. Namun panas tidak sampai ke petang, berlaku masalah pekerja dan kualiti di kedai kopi tersebut. Cik Li merasa letih untuk meneruskan perniagaan yang Cik Li tidak mempunyai kepakaran. Akhirnya Cik Li tutup kedai kopi tersebut. Bangunan kedai kopi yang terletak di tingkat bawah itu, Cik Li sewakan kepada orang lain. Tingkat 1 & 2, Cik Li jadikan pejabat Audit. Mulai Jun 2009, Cik Li hanya menjalankan perniagaan firma audit, perniagaan lain semua sudah tiada. Cik Li rasakan mungkin Cik Li hanya pandai buat audit, maka itu sajalah yang sesuai. Cik Li tak mahu lagi menceburi bidang lain. 

Pada penghujung tahun 2011, isteri Cik Li iaitu Cik Rini pula mengemukakan cadangan untuk membuka kedai barangan bayi disamping menjadi SHAKLEY independent distributor. Cik Li yang sudah tidak berminat dengan perniagaan pembekalan ini, hanya memberi modal untuk CIk RIni jalankan perniagaannya. Cik Li tak masuk campur dalam pengurusannya. Alhamdulillah, berkat usaha Cik RIni yang memulakan perniagaannya secara online, peniagaannya semakin hari semakin berkembang sehingga sekarang. Namun, Cik Rini juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah khususnya masalah pekerja.

Pada bulan September 2014, Cik Li mengikuti seorang pelanggan audit ke Misi Dagangan Makanan Halal selama 2 hari ke Hadyai, Thailand bersama Dato” Mustapha Mohamad. Cik Li tidak berminat dengan apa yang dibincangkan di dalam dewan tersebut. Pemegian Cik Li ke sana hanya bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan tauke-tauke kilang makanan dan buat marketing untuk firma audit. Namun pada hari kedua, salah satu ucapan daripada boss MATRADE menyentuh hati dan membuka minda Cik Li. Beliau memberitahu bahawa industri makanan dunia akan mencapai tahap kritikal menjelang tahun 2020, yakni permintaan akan melebihi penawaran. Namun bagi industri makanan halal, ianya sudah pun berada pada tahap kritikal. Seterusnya beliau menyeru kepada para peserta yang hadir pada hari itu untuk memperkukuhkan syarikat masing-masing di dalam industri manakala kepada yang belum terlibat di dalam industri makanan, dialu-alukan penglibatan mereka. Ucapan ini merangsang minat Cik Li untuk menyertai industri makanan. Namun, sebagai seorang yang masih fobia dengan perniagaan pembekalan, Cik Li merasakan perlu terlibat dengan industri makanan sebagai pengilang. Selepas sesi rehat, Cik Li mula aktif mengambil tahu bisnes-bisnes yang dilakukan oleh para peserta. Ada yang buka kilang roti, kilang mee, kilang daging salai, kilang belacan, kilang serunding, kilang sos, kilang bebola ikan dan macam-macam lagi. Cik Li mula mengkaji jenis-jenis makanan yang saya boleh usahakan. Setelah dikaji cara proses, Cik Li memilih untuk membuat daging pekasam. Lagipun, makanan ini masih kurang di pasaran. Kira-kira “rare” gitu. Selepas balik dari Hadyai, Cik Li mula melakukan kajian mendalam berkaitan dengan daging pekasam. Selepas merujuk kepada beberapa sumber yang dipercayai, Cik Li mendapat maklumat daripada segi cara proses dan bahan-bahan perapan, dua perkara terpenting di dalam penghasilan daging pekasam. Kajian lebih mendalam dilakukan termasuk berguru dengan Pakar Teknologi Makanan dan melakukan R&D secara fizikal. Proses ini mengambil masa 7 bulan dan kira-kira 200kg terbuang kerana proses tidak menjadi. Syukur, sekarang Pekasam A&R sudah mendapat tempat di hati penggemar pekasam. Pada bulan September 2014,  Pekasam A&R maju setapak lagi dengan membuka bengkel memproses di Kg Kota Aur, Sik. Bengkel tersebut kini sedang dalam proses kelulusan sijil MESTI dan sijil HALAL. Dari segi pemasaran, dengan adanya lori, pekasam A&R kini diedarkan di kedai-kedai dan pasar-pasar terpiih di seluruh Semenanjung. Pekasam A&R juga memiliki agen-agen individu di seluruh Negara.

 Setakat ni dulu, celoteh Cik Li kali ini. Sehingga bertemu lagi, Cik Li undur diri dulu dengan lafaz Assalamualaikum.


Monday, 31 March 2014

SIGNBOARD BARU PEKASAM A&R




Yeayyy signboard baru Pekasam,cantik tak?:D

Sapa yang berada di Alor Setar silalah datang ke kedai kami di Kompleks Alor Setar(kanchut),Lebuhraya Darulaman.

Bagi yang nak tanya apa-apa boleh call 019 4429769 untuk pertanyaan..

Dapatkan Pekasam Daging A&R sekarang pastikan yang ORIGINAL!!

Saturday, 29 March 2014

PENGGAMBARAN VIDEO PEKASAM A&R



Alhamdulillah Pekasam Daging A&R telah selesai sesi penggambaran video untuk iklan online.

Nantikan kemunculan video iklan Pekasam A&R ni, pasti lain dari yang lain.huhu

Dapatkan Pekasam A&R.SEDAP TERLAMPAU MEMANG KETERLALUAN.

Wednesday, 26 March 2014

LORI PEKASAM




Alhamdulillah lori pertama yang dikeluarkan oleh Pekasam Daging A&R.Comel kan?huhu..
Ini adalah permulaan bagi kami untuk memperkembangkan lagi dan memasarkan produk kami ke seluruh Malaysia,In Sya Allah dengan izin Allah.
Lori Pekasam Daging A&R akan menjelajah seluruh Malaysia nantikan kami ditempat anda ok :)


Tuesday, 25 March 2014

SENARAI PENGEDAR PEKASAM A&R

KEDAH

Alor Setar

1)  Pn Esna 017-4771900

Pendang

1) Pusat Kraftangan & IAT MADA Pendang
Jalan Jenun
Hubungi : En Rosli 012-494 5674

Mergong/Pokok Sena
1) Hubungi : Pn Harisun 019 421 3493

Ayer Hitam/Alor Setar
1)Hubungi: Mariam 012 5681248

Changlun
1) Hubungi : Pn Ayu 012 962 0602

Jitra1) Hubungi : Pn Rosdiana 019 4707286

Sik
1) Hubungi : Pn Yusniza 013 494 0388

2) Hubungi : Pn Azmira 012 488 0816

SELANGOR
Sg Buluh/Shah Alam
1) Hubungi : Pn Mazilawati 012 241 6885

Puncak Alam
1) Hubungi : Nina Kartini 013 3688434
 

Bangi
1) Hubungi : Pn Nik 019 770 0979

Ampang
1) Hubungi : Pn Tini 019 337 7435

Sepang
1) Hubungi : Wan Faizah 012 2523517

JOHOR

Batu Pahat
1) Hubungi : Pn Zatulhidayu 012 762 8067 

TERENGGANU

Kemaman

 1) Hubungi : Pn Nurul Faqihah Qalesya 013 942 0024

SARAWAK

Miri
1) Hubungi : Tracy Oswald 013 8591011


Saturday, 22 March 2014

PEKASAM DAGING A&R DI PASARAYA DAN KEDAI RUNCIT


Pekasam ikan dan daging A&R sekarang boleh didapati di pasaran dan kedai runcit berikut:

KEDAH
KUALA NERANG
1.MA GOLDEN ENTERPRISE,TAMAN BERSATU KUALA NERANG
2.BUKIT TAMPOI MAJU ENT,TAMAN SRI TAMPOI,KUALA NERANG

POKOK SENA
1.MZI MAJURIA ENTERPRISE,TAMAN DESA ILMU,POKOK SENA
2.KOPERASI WAWASAN MUSLIMIN KEDAH BERHAD, POKOK SENA
3.ZBI ASSOFA TRADING,JALAN NAKA,POKOK SENA
4.PASARAYA POKOK SENA,POKOK SENA
5.EXCEL THREE SUPER CENTRE,POKOK SENA
6.SBH MINI MARKET,JLN SEMARAK,POKOK SENA
7.RS JAYA UTARA ENTERPRISE,PEKAN KEBUN 500,POKOK SENA

JITRA
1.BANG MAT DIN,TOK JALAI
2.JM FROZEN MINIMARKET,TAMAN MAHSURI,JITRA
3.WAWASAN MUSLIM,KEDAH
4.SIRY ENTERPRISE,PEKAN PJ2,JITRA
5.H&C MINI MARKET,BANDAR DARULAMAN,JITRA
6.KEDAI RUNCIT & SANTAN SEGAR,KEPALA BATAS.

YAN
1.PERNIAGAAN STOKIS BURGER DAN BARANG RUNCIT,YAN
2.ABDULLAH SAMSUDIN,N0 6 JALAN RAYA,YAN

BALING
1.SERAJAYA ENTERPRISE,KAMPUNG SERA BAWAH,BALING
2.SYARIKAT PERNIAGAAN ABSHAH BERSAUDARA,PEKAN BARU,BALING
3.JMJ MAJU ENTERPRISE,JALAN BADLISHAH,BALING

SIK
1.RUMAH GEMILANG ENTERPRISE,PERUMAHAN KEDA PEKAN BARU,SIK
2.PASARAYA RASLIMA,PEKAN BATU 5,SIK

JENIANG
1.BERONA MAKMUR ENTERPRISE,PEKAN JENIANG,GURUN
2.PASAR MINI MESRA UTAMA

SUNGAI PETANI
1.PASAR MINI BEDONG JAYA,TMN BEDONG JAYA,BEDONG
2.PASAR SEGAR AN NUR,BANDAR AMAN JAYA,SUNGAI PETANI
3.NZR BERKAT ENTERPRISE,PERSIARAN AMAN JAYA 5,,SUNGAI PETANI.
4.PASAR MINI SERBANIKA UTARA,TAMAN SERI BAYU,BEDONG
5.WAWASAN NZ ENTERPRISE
6.PASAR MINI KHATIJAH BEE,BANDAR LAGUNA MERBOK,S.PETANI
7.PAK LONG MINI MARKET,TAMAN KELADI II,S.PETANI
8.DINI MINI MARKET,TAMAN BERANGAN SUNGAI PETANI
9.MZBA MUTIARA MART,BANDAR MUTIARA SUNGAI PETANI
10.BPJ FRESH MART BANDAR PUTERI JAYA,SUNGAI PETANI

ALOR SETAR
1.MJ WANNINA ENTERPRISE,PEKAN NAKA,ALOR SETAR
2.AZIM FROZEN RUMAH KEDAI TAMAN PKNK,ALOR SETAR
3.LGR MINI MARKET,KEDAI MARA LANGGAR,ALOR SETAR
4.PASAR MINI LARIS,JALAN LANGGAR ALOR SETAR
5.PERNIAGAAN USHAR,TAMAN SATRIA,JLN LANGGAR,ALOR SETAR
6.ZNM CERIA ENTERPRISE,JLN LANGGAR,ALOR SETAR

PENDANG
1.LILY NORTHEN ENTERPRISE,TAMAN GEMBIRA,PENDANG
2.AISYA BESTARI ENTERPRISE,KAMPUNG BATU HAMPAR KIRI,PENDANG.
3.SITI FATIMAH,KAMPUNG PONDOK CHEGAR,PENDANG
4.ABDUL TALIB BIN ABDULLAH.KG.PADANG PUSING,PENDANG
5.PASAR MINI SAWA KECIL,MEDAN ANEKA SAWA KECHIL,PENDANG
6.ZH STAR ENTERPRISE,KG.SAWA BESAR,PENDANG
7.CAJ UTARA ENTERPRISE,KAMPUNG BARU,MUKIM PADANG PUSING ,PENDANG

CHANGLUN
1.XPRESS SHOPPE,NO.4 PEKAN CHANGLUN 2
2.MCM UTARA DUA TRADING,JLN KERUING 1
3.MCM UTARA DUA TRADING,NO 1 KG NOMI CHANGLUN

SINTOK
1.BAWEAN MINI MARKET,NO 39 BATU 13 JLN SINTOK
2.ADIB MAJU ENTERPRISE BT 15 JLN SINTOK
3.ONE MART,HADAPAN PERUMAHAN KAKITANGAN UUM
4.CHANGLUN FROZEN FOOD,NO 4 JLN SINTOK

KULIM
1.PASAR MINI DESA AMAN,JLN DESA AMAN S 2/2
2.HALIMNAZ ENTERPRISE,NO.193 JLN MUTIARA 3
3.TW FROZEN FOODS,NO 15 JLN MUTIARA BIRU,TMN MUTIARA SG.KOB
4.ASE BURGER ENTERPRISE,NO 21 JLN LUNAS TMN IHSAN
5.PASAR MINI MYDEEN NO.05 GROUND JLN LUNAS,TMN SELUANG
6.SHAILO COLD STORAGE SDN BHD,NO 6&7 TMN MANGGIS KILANG LAMA
7.ATOK ONE ENTERPRISE,KULIM
8.AZANYO ENTERPRISE,KULIM KEDAH
9.FARIDAH BT CHE JIM,65 A KG PAYA TOK BETOK SG ULAR

PERLIS
1.PTT MART ENTERPRISE,KG TITI KERBAU,MUKIM SG.LAKA
2.PURPLE BEE CONVENIENCE STORE,NO 44-A BUMBONG LIMA
3.SUKRI SAID,STOKIS HPA BTS,LIKU ARAU
4.BERSERI MINI MARKET,NO 4 GERAI SWASTA JALAN BUKIT KETERI
5.AFDZAL FROZEN,NO 7 TMN PENGKALAN INDAH
6.PASARAYA KAWANG SDN NHD,KERPAN

KARNIVAL SEDEKAD BANDARAYA ALOR SETAR



Pekasam Daging A&R akan berada di tapak Karnival Sedekad Bandaraya Alor Setar.Stadium Darul Aman..

Lokasi kami di kedai MADA berdekatan pentas utama berhadapan dengan gerai pameran motosikal berkuasa tinggi..

Yang berdekatan dengan tapak karnival bolehlah berkunjung ke lokasai kami.Banyak acara akan diadakan seperti harini pertandingan bunyi burung dan cabutan bertuah,esok akan berlangsungnya pertandingan memancing dan cabutan bertuah.Jemputlah hadir..:)

Sunday, 9 March 2014

Kilang baru Pekasam A&R


 Alhamdulillah, dengan segala puji dan syukur kepada Allah,pekasam daging A&R langkah lagi setapak dengan membuka kilang memproses pekasam di Kota Aur,Sik kedah..

 Dengan terbinanya kilang memproses pekasam ini,stok pekasam akan lebih banyak dan akan sentiasa ada.Kebersihan dan keselamatan adalah menjadi keutamaan kami di kilang.
 









# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH

 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

Stok Pekasam





Harini mai kedai amik stok untuk bawa ke tempat sejukbeku pekasam yang baru.Alhamdulillah tempat baru boleh tampung banyak stok pekasam yang akan datang.

Kotak pun baru,cantik tak?lpasni pos boleh guna kotak ni la,kaih mai order okay hehheehehhe

Dapatkan Pekasam ikan dan daging yang SEDAP dan LAZAT sekarang boleh pm sy atau Pekasam Daging A&R..

Untuk tempahan call/whatsapp : 019 4429769(ema)

Saturday, 22 February 2014

PEKASAM DAN PULUT TANAK

Bahan-bahanya

2 ekor ikan pekasam
5 biji bawang kecil ( lagi banyak lagi sedap)
3 biji cilipadi

Untuk memasak pulut
2 cawan beras pulut
2 cawan air dan sedikit garam

cara-caranya

1. Masak pulut dahulu, basuh pulut seperti biasa, tak perlu di rendam, kemudian masukkan air dan sedikit garam, masak pulut sama seperti masak nasi.

2. Ikan pekasam di bersihkan, kemudian direndam seketika, selama 1/2 jam, selepas itu toskan, hiris halus bawang kecil dan cili padi, gorengkan dahulu ikan pekasam, apabila mahu diterbalikkan ikan baru masukkkan bawang kecil dan cilipadi, goreng hingga kedua-dua bahagian ikan dan bahan lain garing.

3. Cara penyediaanya, sendukkan pulut yang siap di masak tadi di dalam piring, dan letakkan ikan pekasam, ambil sedikit pulut dan makan bersama ikan pekasam, sedap dan pasti menyelerakan, amat sesuai dijadikan menu sarapan pagi. 
 
Selamat Mencuba.
 
 

# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH



 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

Friday, 21 February 2014

RESEPI NASI GORENG DAGING PEKASAM


Nasi goreng daging pekasam

Bahan-bahan :

3 mangkuk nasi
1/2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih di ketuk
8 biji cili padi diketuk
daging pekasam dipotong kecil
2 sb sos tiram
2 helai kailan
1 btg kacang panjang dipotong kecil
lobak merah di potong kecil
sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)

Cara-cara

1.Tumis daging pekasam, tekan2 sikit dgn sudip.
2.Bila daging peksam nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram.
3.Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

SELAMAT MENCUBA ♥:)



# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH



 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

Tuesday, 18 February 2014

CARA ATAU PETUA MEMILIH DAGING


Cara atau petua memilih membeli daging

Pilih daging lembu yang baru disembelih (cara islam) Jika membeli daging import, jangan terus di simpan didalam peti sejuk, sebaliknya gantung daging untuk tujuan melembutkan serat-serat ototnya terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam bahagian paling sejuk didalam peti sejuk. Pastikan daging dimasak, tidak lebih tiga hari daripada tarikh membeli.Daging digantung terlebih dahulu untuk tujuan melembutkannya. Contohnya, perhatikan daging-daging bagi tujuan eksport khasnya diluar negara.
Daging akan digantung dalam bilik khas dalam jangka masa tertentu. Ia bertujuan meredakan kembali ketegangan serat otot lembu yang kejang akibat “ketakutan” ketika disembelih. Bagaimanapun mengikut hukum islam, terdapat bacaan dan cara penyembelihan tertentu yang mencegah daging menjadi liat. Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan perisa semula jadi daging. Sebaliknya daging menjadi kering & liat. Ini disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses melembutkannya dijalankan. Justeru itu, anda dinasihatkan mendapatkan daging segar yang baru disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak.



# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH



 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)
 

Monday, 17 February 2014

MEMILIH IKAN SEGAR DI PASAR

Memilih Ikan Segar Di Pasar~

a. Banyak ikan yang dijual di pasar basah atau pasar raya kelihatan segar, walaupun ikan itu agak lama. Jika di pasar basah atau pasar malam, biasanya ikan-ikan diawet dalam ais yang banyak, dan sesetengahnya dipercayai ikan-ikan import (terutamanya dari Thailand) di awet dengan formalin supaya ikan tahan lama dan tidak mudah busuk dalam tempuh yang agak lama.

b. Di pasar-pasar raya pula, pencahayaan dengan lampu merah di rak jual ikan membuatkan ikan-ikan kelihatan segar dan masih merah. Oleh itu, anda jangan mudah tertipu dengan teknik perniagaan seperti ini.

Berikut petua untuk memilih ikan yang segar:

1. Mata ikan sepatutnya terbonjol keluar dari soket mata dan nampak segar, bukannya berwarna kelabu atau tertekan ke dalam.

2. Insang ikan sepatutnya berwarna merah darah yang segar, bukannya banyak lendir dan berwarna kehitaman.

3. Sisik ikan masih utuh melekat pada kulit dan tidak mudah tanggal.

4. Perut ikan sepatutnya melekat kuat pada tulang, bukannya lembik dan ikan pecah perut.

5. Badan ikan tidak lembik dan daging ikan elastik apabila ditekan.

6. Kulit ikan sepatutnya berkilat dan basah segar, bukannya berwarna pudar, kelam dan kering.

7. Bau ikan tidak busuk, tetapi masih berbau ikan segar dari laut, serta tidak berbau formalin walaupun pada kadar yang rendah.




 # Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH

 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)






PETUA MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT

Petua Untuk Menghilangkan Perut Buncit~

1. Makan Dengan Perlahan - Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.

2. Jangan Minum Teh - Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.

3. Kurangkan Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

4. Jangan Tidur Selepas Makan - Makanan yang anda baharu ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.

5. Jangan Mandi - Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.


 
# Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH


 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

KHASIAT MADU LEBAH

Khasiat Madu Lebah.

Untuk menghilangkan batuk :~

- Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan sedikit air limau nipis ke dalam setengah gelas air.
- Minum setiap pagi dan malam sebelum makan. Dalam masa seminggu batuk akan hilang.

Menyihatkan Badan~

- Campurkan madu dengan beberapa biji telur ayam kampung. Minum waktu pagi.

Mencantikkan Wajah~

- Campur telur dan madu. Kemudian sapukan pada muka. Lakukan seminggu sekali sebagai masker. Wajah anda akan kelihatan cantik dan berseri-seri.

Memerahkan Bibir~

- Sapukan madu pada bibir tiap-tiap malam sebelum tidur.

Menyimpan Madu~

- Masukkan beberapa butir padi ke dalam botol yang berisi madu. Kemudian simpan di tempat yang kering.


 # Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH

 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)

PENAMBAHBAIKAN CARA PENYEDIAAN/MASAK PEKASAM DAGING:~

PENAMBAHBAIKAN CARA PENYEDIAAN/MASAK:~

Cara masak mudah sekali. Enak digoreng saja.

(1) Daging kena basuh dulu kerana dibungkus terus selepas keluar dari tempat peraman

(2) Potong daging dulu kepada bahagian kecil sebelum dimasukkan ke dalam kuali

(3) Goreng sampai masak, agak-agak garing.


 # Dapatkan Pekasam Daging dan Pekasam Ikan yang LAZAT dan MENGGIURKAN ORIGINAL dan FRESH dari Utara KEDAH

 Jika berminat boleh pm Facebook Pekasam Daging A&R
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Alor Setar, Jitra, Kedah
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Call : 019 4093080 (ema)