Pekasam Daging Ikan A&R

Pekasam Daging Ikan A&R

Monday 11 August 2014

PROJEK CHARITY GELANDANGAN


PROJEK CHARITY GELANDANGAN
Masih Ada Yang Sayang bersama AnR

Alhamdulillah seminggu sebelum Raya Aidilfitri, Team A&R dan NGO telah mengadakan satu projek khas untuk gelandangan, Masih Ada Yang Sayang.

Selepas waktu berbuka puasa, Team kami telah berjalan sekitar Bandaraya Alor Setar mencari gelandangan (homeless) dan memberi bantuan makanan dan beberapa keperluan asas untuk mereka.

Alhamdulillah sepanjang malam (hingga ke 4 pagi) kami berjaya memberi bantuan kepada ramai gelandangan di sekitar bandar.

Air mata bagai tidak dapat ditahan mengalir, sebak di dada dan rasa kasihan kepada mereka ni hanya Allah yang tahu. Masing masing terdiam mendengar kisah hidup gelandangan yang terpinggir oleh keluarga sendiri dan masyarakat.

Walaupun jam menghampiri pukul 4 pagi, team kami masih bersemangat mencari mereka yang memerlukan.

Hayatilah video ini. Bukalah pintu hati anda untuk berasa kasihan dan ingin membantu mereka yang memerlukan ini.

Bayangkan tatkala kita tidur enak berselimutkan gebar yang tebal, tilam yang empuk dan didodoi angin yang dingin, masih ada yang tidur beralaskan lantai dan berbumbungkan bintang. Fikir fikirkanlah dan hayati.

Masih Ada Yang Sayang?


Terima kasih kepada :
================
Pengasas A&R Azli Che Uda Rini Shariff Mikail & Rayyan
Team Pekasam Anr Fiza, Shaz, Ida & Hafiz
Team D Wayang Production Rifdi Haziq and d gang

No comments:

Post a Comment